Friday, 9 September 2011

Mari Naik Motor Pancit??

     Hari nie lain dari hari yg lain, hehe.. Pagi td tmankan kwan p bandar Tawau nak crik brang2 nak bwak p U masing2.. Aq, Bair dan Mus.. Aq rasa awal lg nak beli brang, sbb akan balik dlm 5hari lg..
Tp smpat jgak beli topi utk pkai tem field trip awal september nie..
Pengalaman dr field trip yg lalu, field trip nie memang pngalaman yg xdapat lupa, sbb bnyak yg kena sun burn lepas tu, hahaha..

     Mlm nie, sesuatu yg best sbb smpat braya lg kat rumah kwan.. 3 rumah jak yg mampu aq ziarah, sbb aq xtahan dgn air bercarbonat, dah la aq gastrik lg..
Tp, yg xdapat lupa sbb bkesempatan blajar nek motorsikal skitar kwasan kg..
Trus pandai n bwak motor n bonceng kwan, hahaha.. Tem nek motor tu rasa mcm something wrong jak.. Tayar blakang rasa mcm xbetul jak.. Ehm, tp xpala, truskan pjalanan..
Terpaksa ambek lesen motor la lpas nie, hehe..
(Tp blum pndai sesuaikan diri nak tukar2 gear nie, hehe..)



    Yg pling xbestnya....... lepas tu motor tu pancit plak.. Terpaksa sorong jln kaki dgn kwn sampai balik rumah sejauh 2km rasanya.. huhu, sabar jak la.. Hehe, maf bnyak2 Bair..

Adik Syg Abg Ka?


Kahar : Adik, ko syg abg ka?
Sahar : Syg la bh..
Khar : Aik, knapa ko syg abg?
Sahar : Nnt xda org syg aq..
Kahar : Huhu.. (terharu habis..)

Peluang Kerjaya Sains Marin @ Sains Akuatik



TIDAK ramai di kalangan pelajar tahu mengenai prospek kerjaya dalam bidang sains marin. Mungkin kerana bidang itu masih baru di negara ini maka prospek kerjayanya hanya dikaitkan dengan dunia laut.
Hakikat sebenarnya ialah sains marin turut menjanjikan peluang kerjaya yang cukup luas meliputi pelbagai jenis pekerjaan.
Prospek ini menjadi luas kerana para graduannya ketika masih di kampus institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang meneroka bidang selain sains marin seperti seperti pentadbiran; pengurusan; perniagaan; ekonomi atau komputer.
Jadi tidak hairanlah apabila terdapat graduan sains marin kini menjadi pengurus Bata Holding, pegawai bank dan wartawan.

Peluang itu terbuka luas apabila mereka mengikuti program ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan (MBA) sebaik sahaja berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Marin.
Menurut pensyarah Institut Oceanografi, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem), Kuala Terengganu, Terengganu, Prof. Dr. Faizah Shaharom, skop kerjaya sains marin adalah luas dan para graduannya tidak perlu berasa risau tentang peluang pekerjaan.
Katanya, kerjaya sebagai penyelidik di institusi penyelidikan yang mengkaji mengenai hidupan laut seperti ikan, batu karang dan lain-lain adalah biasa bagi graduan sains marin.
Begitu juga kerjaya sebagai renjer taman laut; pegawai perikanan; pegawai di Jabatan Laut; juru laut fizikal dan pegawai akuakultur.

Penyelidikan sains marin meliputi tiga bidang teras utama iaitu biologi; ekologi dan pengurusan sumber marin perikanan dan akuakultur bioteknologi marin.
Selain kerjaya yang dinyatakan itu, graduan sains marin turut mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang ketenteraan.
Ini kerana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut membuka peluang kerjaya kepada graduan sains marin untuk menjadi pegawai TLDM.
Dr. Faizah juga berkata, terdapat bekas anak muridnya kini menjadi pegawai penyelidik perubatan atau ahli teknologi perubatan.


Peluang graduan sains marin katanya turut terbuka luas dalam bidang pendidikan iaitu menjadi pensyarah di mana-mana IPT.
Ini bermakna mereka perlu mengikuti program ijazah sarjana dan doktor falsafah (Ph.D) sebelum layak menjadi pensyarah universiti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...