Sungguh girang perasaanku ketika itu.
Setiap langkah ku diiringi zikir memuji kehadrat-Nya. Setelah sekian lama handphoneku tidak berdering menandakan
datangnya mesej untukku.. Handphoneku
sangat berhabuk walaupun baru semalam
aku meletakkannya pada meja tersebut.
Lemah gemalai tanganku tatkala
mengambil handphone yang berhabuk
itu. Ku menarik nafas lega dan panjang lalu ku tiupkan pada habuk yang ada pada
handphoneku 3 kali, lalu aku
meletakkan sedikit cairan pekat serbuk pencuci Fab Total dan sedikit campuran
Vanish, Yakini Merah Jambu! kearah kotoran debu degil yang ada pada handphoneku. Tidak cukup dengan itu, aku
memberusnya dengan sikat dawai yang ibuku guna untuk menyiang ikan tongkol
kemudian aku menjemurnya sehingga kering.
Setelah yakin handphoneku bersih daripada noda2 debu, barulah aku dengan slamba
membuka pad kekunci handphone. Dalam
otakku masih lagi berfikir siapalah yang menghantar mesej pada diriku ini. Jangan2
orang silap nombor handphone kali ka?
Atau sengaja mengetuk pintu hatiku? Ehm, mungkin juga ada segelintar insan yang
cuba mempermainkan dan memperkotak-katikkan perasaanku ini. Adui.. (menarik
nafas panjang)
Aku segera menjawab persoalan
tersebut dengan meneliti kandungan inbox
handphoneku. Banyak mesej2 yang belum aku padam memenuhi ruangan inbox ku sejak setahun lalu. Salah satu
hobiku adalah membaca mesej2 lalu agar kenangan aku bermesej masih segar di
ingatanku.
Ibarat panahan anak panah terkena
tepat pada jantungku.. Tidak aku sangka2 mesej itu datangnya daripada seseorang
yang aku simpan dalam hati bahawa dia adalah tulang rusuk kiriku.. Debaran
jantungku mula berubah, dulunya tadi pengaliran yang cool dan lancar menjadi tidak keruan.
Aku mengucapkan kesyukuran yang tidak
berbelah-bagi kerana mendapat satu mesej daripada insan yang aku harapkan
memenuhi ruang kosong dalam diri ini. Kegembiraanku dapat dirasakan oleh
kicauan sepasang burung merpati yang hinggap di beranda rumahku.
Kadang2 aku merasa jelous kepada sepasang burung merpati
itu kerana sudah menemui jodohnya tetapi, belum lagi pada aku. Dengan lembutnya
aku membuka mesej yang dikirimkan kepadaku dengan penuh debaran dan penantian.
Benarlah kata pujangga, penantian itu suatu penyiksaan. Seiringan dengan itu
aku mula kembali ke beranda rumah semula.
Keadaan tiba2 sunyi sepi..