Ada juga pasukan cheers dari kampong seberang turut serta dalam acara yang
gilang-gemilang ini. Pakaian yang digunakan oleh group cheers tersebut sungguh sopan dan tidak menjolok mata yang
memandang mereka. Pasukan cheers
tersebut sudah dibayar supaya untuk memberi sorakan kepada diriku dan bukan
kepada Mancha yang gelap gelita itu. Jika ada cheers untuk Mancha pun itu hanyalah sorakan penghinaan terhadap
dirinya.. Hahaha..
Amy Search yang sudah menyampaikan
beberapa lagu tiba2 lesap, mungkin dia telah lama menanggung malu kerana ramai yang tidak
menumpukan mata kepada persembahan beliau. Sewaktu beliau menyanyi, hanya jelas
kedengaran bunyi cengkerik yang kedengan ketika dia meminta respond dari
penonton. Jika beliau teruskan persembahan tersebut, beliau boleh terkena
penyakit demam kepialu, demam yang tersangat malu.
Tidak mengapalah, main event belum lagi berakhir.
Fajar mula menyinsing. Mentari mula
menyinari setiap pelusuk kampong. Keadaan Mancha yang parah itu semakin
meruncing apabila dia merasakan cahaya sang mentari sudah kelihatan. Matanya
terbeliak dan gelagatnya seperti kera, ibarat kera terkena belacan. Semua penduduk berasa hairan dengan
keadaan Mancha yang seakan2 takut kepada cahaya mentari.
Adakah dia terlalu gelap dan alah
kepada mentari? Atau adakah permukaan badannya itu boleh menyerap haba dan
menyebabkan dia tidak selesa??
Aku yang meyaksikan keadaan Mancha
itu mula rasa bersalah. Aku ingin bertanyakan khabarnya pada masa itu, tetapi
aku bimbang persoalanku itu ibarat soalan cepumas bagi dirinya yang menderita
kesakitan itu.
“Takkan lah pukulan ku menyebabkan
dia jadi alah kepada mentari? Gila cool..”,
ujar fikiranku.
Seluruh tubuh Mancha diliputi cahaya
mentari seiring dengan teriakannya yang nyaring dan beralun lembut. Rupa2nya
dia adalah jelmaan toyol yang alah kepada matahari. Ramai yang menyaksikan
peristiwa bersejarah itu terdiam seribu bahasa. Mereka kaku dan hanya mulut
terbuka luas, mata memandang keatas dan tangan diletakkan dibahu.
Asap mula menyelubungi dirinya
disamping percikan mercun yang turut merancakkan suasana pada ketika itu.
Tarian singa dan naga turut dimainkan penduduk kampong kerana masih lagi dalam
suasana Tahun Baru Cina dan pada tahun ini bertemakan Tahun Naga Air.
Keesokkannya, baru penduduk kampong
menjumpai Mancha yang original berada dirumahnya dengan keadaan yang terikat. Aku
bersyukur kerana tiada orang menemui ajal masing2 pada hari kejadiaan. Dalam
beberapa hari lagi, aku akan meneruskan pengajianku di salah sebuah IPTA di
Negara ini, dan semestinya aku mengingati peristiwa ini lantas ku coret dalam
lembaran sejarah diariku.
Catatan pada Harian Metro Edisi Sabah
juga turut menukilkan kisah ini. Ada juga penduduk yang menyarankan ketua
kampong supaya cerita ini dimasukkan ke dalam slot Dunia Tersembunyi@TV3. Saranan
tersebut masing lagi dibincangkan oleh AJK kampung ini.
“Hahaha.. Dah tak da kerja ka dorang
ni.. Hehehe..”, gurauku dalam hati menenangkan fikiran yang sedikit kusut ini.
Tiba2 lamunan ku terhenti kerana
terdengar deringan mesej pada Sony Ericsson J10 milikku yang ku letakkan di
atas meja. Aku yang duduk tercengang pada beranda rumah berlari2 anak menuju
telefon bimbitku. Langkah kakiku tidak menghasilkan bunyi langsung menuju meja
yang semakin aku dekati itu.
No comments:
Post a Comment