Friday, 30 March 2012

Jangan.. Jangan.. Jangan..

- JANGAN  tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita
Pesanan Ust DON

Tidak Terungkap - Episod 5

Setelah aku mendapat serangan yang bertali arus itu tadi, maka terkulai layulah tubuhku terjatuh ditanah yang masih terasa dinginnya embun pagi yang yang sungguh segar.

Sempat lagi aku menyanyi lagu versi acapella buat dirinya.. Buat insan yang bertaktha dihati ini.. Dengarkan lah.. Nyanyian asal dari kumpulan Far East, lagu yang berjudul.. Nursyahadah..

sejernih embun pagi sebersih dirimu,
tanpa dicemari walaupun,
sebutir debu,
didalam rahmat Nya,
iringan doaku moga kau bahagia,
akan kubimbingmu sekadar yang kutermampu,
menyemai iman dan menuai taqwa,
biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta,
cukuplah sekadar teman yang biasa..

Para hadirin dan hadirat cukup terpesonan dengan lagu yang aku dendangkan sejenak.. Ramai yang menyarankan aku menjadi penyanyi, tetapi jawabku dengan simple,”Belum tiba seru lagi, maaf..”
Suaraku bukanlah semerdu kicauan burung kenyalang dan kakak tua.. namun ia sudah cukup untuk menidurkan bayi yang menghadapi masalah tidur dan kencing malam. Sesiapa yang mempunyai masalah tersebut disarankan mendengar lagu yang ku nyanyi 3 kali sehari sebelum dan selepas makan. InsyaAllah, jika tiada aral melintang maka sihat lah pesakit tersebut.

Air embun yang berada di permukaan bumi yang segar hijau ini mengenai raut wajahku. Sungguh segar ketika itu, tidak terungkap dengan kata2 mahupun deria rasa yang lain. . Jika dapatku kumpulkan air embun pagi ini, sungguh beruntunglah diriku ini untuk menjadikan air tersebut menjadi pencuci muka, cuci kain dan banyak lagi aktiviti harianku yang lain termasuklah beristinjak.

Mancha tersenyum malu2 kucing Parsi apabila dia mendapati cakera yang dilontarnya mengenai diriku. Dia lantas berlari menuju kearah diriku dengan hanya beberapa langkah sahaja. Jarak diantara aku dan dia adalah jarak sejauh mata gajah memandang. Keistimewaan dia yang tinggi lampai itu juga membolehkan langkahnya yang dia cipta amat jauh sekali.

Mancha adalah seorang yang baik hati dan akibat dia terlalu baik hati dan selurus bendul penduduk kampong pernah mengambil kesempatan ruang dan masa untuk menjadikan  dia sebagai penjolok buah kelapa di kampong ini. Ada juga ura2 yang menyatakan bahawa dia juga pernah dijadikan titi untuk budak2 sekolah kampong melintasi sungai yang roboh akibat banjir kilat yang sering melanda kampong ini.


 Menurut saksi lagi, yang tidak mahu dirinya dikenali berkata, dia (Mancha Rafali) pernah dijadikan back-up tiang eletrik dan sebagai penanda arah untuk masuk ke kampong ini.

Wednesday, 28 March 2012

Tidak Terungkap - Episod 4

Turut memeriahkan majlis pada pagi ini sebuah kumpulan yang cukup hebat irama rock lagenda; Kumpulan Search.. Tetapi malangnya pada pagi itu, hanya vokalis Kumpulan search sahaja yang hadir kerana anggota kumpulan yang lain mempunyai komitmen lain. Amy Search hanya memnyanyikan lagu popular beliau berdasarkan lagu minus one yang sempat kami download menggunakan Internet Download Manager 5.08 + Crack pada laman web yang sangat pop iaitu YouTube, Broadcast Yourself.. Mujurlah line wireless pada pagi itu sangat baik kerana kebanyakan pengguna internet sekarang ini masih lagi diulik mimpi ngeri, komedi, romantic, action dan pelbagai lagi genre mimpi pagi2 ini yang terhidang bagi mereka..



Inilah kelebihan kampong kami kerana ada seseorang yang sangat misteri di kampong ini telah menghack pemilik2 wireless yang berada d kampong ini supaya dapat berkongsi2 nikmat wireless yang tidak terhingga itu.. Hampir seluruh kawasan kampong ini mendapat coverage wireless, tidak cukup dengan itu penghacker tersebut sudah memblock laman2 web yang tidak berguna kepada masyarakat, agama dan negara.

Gerakan ku cukup sempurna, dapat mengelak balingan cakera yang ditujukan kepadaku.. Jikalau terkena cakera itu pasti sakitnya tidak dapat tertahan jiwa dan raga.. Kebanyakan cakera itu sudah di setting supaya bahaya cakera padat itu dalam mode yang paling susah tahap dewa dewi (INSANE MODE).. Banyak gosip2 dan cerita panas pasal isu kesusahan balingan cakera hasil karya Mancha ini tersebar di media sosial malah juga pernah terbit dalam beberapa episod dalam History Channel dan National Geography Channel..



Walaupun aku gementar dengan ujian ini, namun aku bukannya mudah goyah dengan omong2 kosong masyarakat tanpa menelitinya terlebih dahulu.. Jikalau aku dapat survive dalam ujian ini, dapatlah aku menguji sisa2 cakera padat ini di makmal nanti, InsyaAllah..



Jika penyelidikan aku ini Berjaya, aku akan mengeluarkan jurnal yang bertajuk,
Benar, Cakera Padat Berbisa Mancha Seakan2 Berbisa

Mancha bersungguh2 untuk menyerang aku walaupun aku ini adalah salah seorang rakan tegar Facebooknya.. Malah aku juga mengikutinya di blog, twitter, Youtube dan pelbagai lagi.. 
Adakah dia tidak mengenali aku? 
Adakah dia juga mencari peminat setianya? (wuekk!!! Termuntah pulak aku dalam hati.. )

Timbul pertanyaan di benak hatiku, “..dia sungguh ikhlas dan jujur menyerang ku.. Adakah dia juga dalam INSANE MODE? ”

Malangnya pertanyaan ku yang bertalu2 ku tujukan sendiri tidak mampu aku jawab. Sedang sibuk aku mencari jawapan, aku mulai hilang focus sedikit demi sedikit lalu mengundang musibah padaku..
“Oh, kenapa aku sering lalai??”, rontaku dalam benak hatiku yang macho.

Aku masih ingat lagi tiga (3) cakera padat yang tepat mengenai diriku.. Ya, Cakera padat movie Spiderman 1,2 dan 3.. Satu set citer movie nie terkena pada buku lali kaki kananku, siku kiriku dan rambutku yang tidak seberapa panjang ini..

“Oh, inilah penangan orang yang degil!!”, rontaku lagi.
Beberapa helai rambutku yang terpotong jatuh sujud kebumi sedikit sebanyak mengundang marah tanpa sebab pada diriku ini.. Tetapi jika aku teliti semula, ini silap ku kerana tidak memakai kasut ketika berlatih.. lantas mencacatkan sedikit sebanyak pergerakanku walaupun semua penonton tidak menyedari ketangkasanku menurun mendadak sebanyak 0.81% per saat.. Ini permulaan yang tidak baik bagi ku! Aku mesti menamatkan sesi latihan ini sebelum aku yang ditamatkan!

Saturday, 17 March 2012

Tidak Terungkap - Episod 3

Ketika dia mula mengatur langkah, semua orang yang menyaksikan latihan aku pada pagi itu mula menepuk tangan berirama yang telah mereka reka sendiri setelah berhari2 berlatih setiap malam. Mujurlah, semalam ketika rehearsal baru mereka dapat menguasai tepukan berirama tersebut. Sebelum hari rehearsal itu, sangat menghampakan..



Setiap malam ketika mereka berlatih ada sahaja penduduk kampong yang dimasukkan ke hospital kerajaan dan klinik swasta. Setiap malam ada sahaja diantara mereka yang tersilap tepuk; tertepuk rakan disebelah sehingga membawa kepada “keteguran”(gangguan makhluk halus yang menyampuk manusia) malah ada juga penduduk kampong yang tertepuk nyamuk dan lalat. Sehingga ada yang dijangkiti penyakit demam kepialu, demam denggi dan pening lalat yang serius.

Mana tidaknya, setiap malam mereka dihimpunkan untuk mempersembahkan tepukan mereka. Alhamdulillah, penglibatan mereka sangat hangat sehingga dihebohkan dimedia massa seperti radio rasmi program ini Hot FM, Lebih Hangat Daripada Biasa. Mereka bercadang untuk meruskan penepukan program ini untuk musim yang ke-2 kelak.

Setiap malam diadakan proses penyingkiran bagi penduduk kampong yang tiada langsung bakat dalam tepukan berirama ini. Mereka sangat kecewa kerana tidak terpilih untuk dijadikan skuad elit penepuk tangan berirama di kampung ini; Kampung Pasir Putih.

Namun setelah mendengar nasihat daripada ketua kampong, semua redha dengan ketentuan yang telah ditakdirkan kepada mereka. Berikut adalah sedutan daripada ucapan ketua kampong Pasir Putih, Kazekage ke-4,

” Duhai penduduk kampong sekalian.. Sabar jak la kalau tak dapat menyertai program yang berprestij ini.. terima lah hakikat yang korang tak da bakat dalam bidang seni.. try la bidang lain k?”

Mancha mula melontarkan cakera padatnya kearah ku.. Dengan kelajuan cakera padat selaju 100km/j semua penonton termasuk aku sungguh teruja dengan lontaran yang cukup laju itu.. Seperti filem2 tamil yang aku tengok kat tv setiap hari ahad di TV2 tidak aku sia2kan.. Hahaha.. Aku melompat tanpa berlengah2 lagi dengan senyuman yang cukup sinis yang mampu mengguris perasaan insan yang sedang dilamun asmaradana.. Seiringan gerakan aku, muzik mula kedengaran..


Tidak Terungkap - Episod 2

Setelah siap solat Subuh, aku terus ke belakang rumah untuk berlatih.. Inilah rutin mingguan ku untuk membentuk bodyku menjadi lebih daya tahan kardiovaskular, anti-kuman, anti-penuaan dan tahan banting. Walaupun susuk tubuhku bukan seperti pemain gusti, bina badan mahupun perenang berirama, namun itu bukan penghalang!!



Crew2 yang dipertanggungjawabkan bertungkus lumus men-setting peralatan yang kami pinjam di Jabatan Aset Kampung. Kami mahu program hari ini berjalan lancar tanpa minyak pelincir. Peralatan yang kami sediakan ini semata2 untuk aku berlatih, oleh itu aku tidak mahu mensia2kannya lagi.. [nada bangga] Aku juga tidak mahu mengecewakan mereka walaupun mereka seringkali mengecewakan diriku. Aku mahu latihan ini berlalu dengan cepat tetapi penuh dengan penghayatan dan pengharapan. Semoga latihan ku ini, mendapat restu daripada kedua2 mempelai.. Hahaha..

“Ok you guys.. Set your mark.. Get Ready.. Go!”, begitulah sahut salah seorang lelaki penduduk kampong yang diberi kepercayaan oleh penduduk kampong sebagai ketua refree pada hari itu. Beberapa orang lagi menjaga garisan ditepi padang latihan untuk mengelakkan aku tidak lari dari medan pertempuran pada hari ini.

Salah seorang dari beberapa orang penduduk kampung yang aku bayar untuk latihan ini mula mengatur langkah. Dengan bayaran RM2/jam aku menyewa dia untuk berlatih denganku mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Majlis sukan Negara (MSN) yang telah diluluskan oleh jemaah menteri kabinet yang telah bermesyuarat di PWTC yang bersidang selama 3 hari 3 malam pada beberapa bulan yang lalu.

Mancha yang berkemampuan untuk melontar careka padat yang original dan cetak rompak berserta dengan cover album sekali kepada mangsa yang di targetnya berdasarkan niat yang betul dihatinya.. Banyak album yang menjadi korban untuk aku berlatih.. Bukannya apa, latihan ini adalah untuk menghapuskan cekera padat cetak rompak yang telah dirampas oleh pihak Kastam semenjak beberapa tahun lalu..



Mancha, 20, bersusuk tubuh kurus gila, badan gelap gelita (kadang2 sukar aku bezakan dirinya dengan warna langit malam tanpa kerlipan bintang2..), kerana masalah yang aku hadapi ini, aku dibekalkan dengan google night vision V2.0 untuk melihatnya walaupun masih lagi samar2 aku melihatnya..

Badannya yang dapat melentur seperti pokok buluh perindu itu tidak aku pandang rendah.. kerana dia sememangnya sangat tinggi, setinggi langit biru yang tidak dapat di sentuh dengan tangan kanan mahupun kiri. Kelebarab badannya tidak aku nafikan, pinggangnya sangat ramping dan runcing. “Aku mesti mengalahkannya untuk menaikkan CGPA ku..”, rontaku didalam hati kecilku. Lantas, loceng perlawanan dibunyikan! Perlawanan dimulakan!


Wednesday, 14 March 2012

Tidak Terungkap - Episod 1

Mataku mula berpinar2 disebabkan pukulan yang dilontarkan tepat pada pipi mukaku yang gebu dan tidak seberapa handsome ini.. Bukan niatku untuk menurunkan prestasi mukaku ini, tetapi memang benarlah lawan ku ini sangat jelous dengan tahap handsomeku ini kerana dia berada diranking paling tercorot dalam Juara Liga2 Lelaki Segak, Bergaya & Berkarisma 2012/2013.



Aku yakin dapat mengelak pukulan itu, namun aku sengaja melengahkan timing ku untuk mengelak pukulan itu kurang 0.1 saat sahaja.. Jika aku laju 0.11 saat, pasti aku dapat mengelak dengan penuh keegoan dan mungkin juga membawa riak kepada ku..
Mesti ramai yang berteriak keasyikan melihatku mengelak pukulan itu.

Tapi, kalau aku riak, mungkin membawa masalah dan
penderitaan emosi kepadaku.. aku tidak mahu menghampakan lawanku yang bersusah-payah, membanting empat keratnya untuk menewaskan aku. Aku juga mengambil masa yang agak panjang untuk aku memilih untuk tidak riak dan membenarkan pukulannya mengenai diriku.. Aku redha..

Haha.. (Sempat ketawa walaupun kesakitan) Kesakitan yang ku rasa bukan dapat dirasakan pada fizikal malah pada jasmaniku juga.. Kesakitanku yang aku tanggung ini hampir dipaparkan dalam edisi Aduan Rakyat@TV3, namun aku bukanlah insan yang mudah mendapat raih simpati rakyat Malaysia dikaca lensa tv. Beberapa program realiti juga turut ingin berkongsi penderitaanku termasuklah Bersamamu@TV3 dan Apa Kata Wanita@TV1.



Aku juga tidak mahu popular disebabkan penderitaan ku ini, biarlah aku tidak popular sepopular artis di dunia yang fana ini kerana aku hanya manusia biasa saja.

Cerita ini bermula dengan suatu hari di pagi yang hening, sejuk dan nyaman.. Penerbangan Air Asia AK2151 belum lagi tiba di Tawau. Sang unggas belum lagi berteriak untuk membangunkan semua penghuni alam raya ini. Embun mula mencorak irama lembut pada dedaunan hijau diatas pokok mahupun tumbuhan yang malar hijau menutup bumi. Tidak lama lagi proses photosyinthesis akan bermula. Pigmen chlorophyll mula bersorak gembira seperti hari2 semalam.

Mataku tak dapat buka lagi.. Semacam seribu satu cengkaman dan genggaman yang membuatkan ku terus terlena.. Mimpiku mula kepada sesi cerita yang baru.. Namun aku berkeras dalam hati nak bangun.. Aku lantas menyuruh system sarafku untuk mengenakan sedikit renjatan 120V kepada diriku. Bagi manusia yang tidak biasa dengan teknik ini disarankan tidak mengikut apa yang aku lakukan. Selain itu pastikan juga mendapat nasihat doktor yang terlatih dan berpengalaman.

“Wah, Alhamdulillah dapat juga aku bangun setelah sejam aku melepaskan diri dari genggaman syaitan yang durjana itu..”

Inilah cara terakhir bagi ku untuk bangkit dari tidur. Banyak cara yang aku lakukan sebelum ini, tetapi semuanya tidak berhasil. Aku keluar diberanda lalu bersorak memecah kesyunyian subuh pada pagi itu,”Wah, Pagi yang ceria!!!!”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...