Saturday, 7 September 2013

Ada Selekoh??


tatkala itu, dia pun sudah khabar akan perjalanan semula untuk menuntut ilmu di kota samarahan, sarawak (sekali lagi..). walaupun dia tidak menyangka ia akan terjadi, namun ia mungkin satu pengajaran kepada anak  kelahiran tawau ini agar sentiasa berwaspada dengan soalan exam yg pelbagai kemungkinan akan ditanya. selain itu juga, dia perlu memperbaiki skill2 belajar lagi berkesan agar lekat didada. tambahan pula, ini adalah salah satu cara untuk budak yang belum meninggi ini untuk mengetahui pentingnya ILMU MENGUBAH HIDUP.. Tak pa, setiap orang rezeki, jodoh lain2.. be postive, ada hikmah disebaliknya.. :)

maka, tertulis lah pada boarding pass beliau yg akan menaiki MALAYSIA AIRLINES (Selama ini menggunakan AIR ASIA, mungkin berubah hati kerana luggage 30KG??) itu akan tiba di Airport Kuching pada 1.30 petang, 8hb September 2013.. budak ini pun tidak sabar2 lagi untuk duduk di penempatan baru yang akan mengajar beliau untuk MEMASAK!!! lumrah duduk luar mesti ada SURVIVAL skill seperti memasak, menjahit, berseloka, buat kuih, beli ikan, sayur dan ayam  sebagai pembuka selera selepas belajar..

InsyaALLAH, jumpa lagi di UNIMAS!!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...