Friday 9 September 2011

Peluang Kerjaya Sains Marin @ Sains Akuatik



TIDAK ramai di kalangan pelajar tahu mengenai prospek kerjaya dalam bidang sains marin. Mungkin kerana bidang itu masih baru di negara ini maka prospek kerjayanya hanya dikaitkan dengan dunia laut.
Hakikat sebenarnya ialah sains marin turut menjanjikan peluang kerjaya yang cukup luas meliputi pelbagai jenis pekerjaan.
Prospek ini menjadi luas kerana para graduannya ketika masih di kampus institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang meneroka bidang selain sains marin seperti seperti pentadbiran; pengurusan; perniagaan; ekonomi atau komputer.
Jadi tidak hairanlah apabila terdapat graduan sains marin kini menjadi pengurus Bata Holding, pegawai bank dan wartawan.

Peluang itu terbuka luas apabila mereka mengikuti program ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan (MBA) sebaik sahaja berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Marin.
Menurut pensyarah Institut Oceanografi, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem), Kuala Terengganu, Terengganu, Prof. Dr. Faizah Shaharom, skop kerjaya sains marin adalah luas dan para graduannya tidak perlu berasa risau tentang peluang pekerjaan.
Katanya, kerjaya sebagai penyelidik di institusi penyelidikan yang mengkaji mengenai hidupan laut seperti ikan, batu karang dan lain-lain adalah biasa bagi graduan sains marin.
Begitu juga kerjaya sebagai renjer taman laut; pegawai perikanan; pegawai di Jabatan Laut; juru laut fizikal dan pegawai akuakultur.

Penyelidikan sains marin meliputi tiga bidang teras utama iaitu biologi; ekologi dan pengurusan sumber marin perikanan dan akuakultur bioteknologi marin.
Selain kerjaya yang dinyatakan itu, graduan sains marin turut mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang ketenteraan.
Ini kerana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut membuka peluang kerjaya kepada graduan sains marin untuk menjadi pegawai TLDM.
Dr. Faizah juga berkata, terdapat bekas anak muridnya kini menjadi pegawai penyelidik perubatan atau ahli teknologi perubatan.


Peluang graduan sains marin katanya turut terbuka luas dalam bidang pendidikan iaitu menjadi pensyarah di mana-mana IPT.
Ini bermakna mereka perlu mengikuti program ijazah sarjana dan doktor falsafah (Ph.D) sebelum layak menjadi pensyarah universiti.

27 comments:

  1. thanks. btw september ni saya kena register unimas, dapat akuatik. huhu harap semuanya okay. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, smua akan OK.. hehe..

      Delete
    2. haluuu.....saya berminat gak ngan sains akuatik...best tak?leh tolong tanya pihak unimas,kalu keja ngan jabatan perikanan tp xda sijil,just SPM aliran sastera leh masuk x?TQ

      Delete
  2. insyaAllah bln 9 ni prgi...

    ReplyDelete
  3. Yeah akhirnya aku jumpe jgak blog ko kahar..hahahhha..:)

    ReplyDelete
  4. hahaha.. yeah, kantoi plak.. haha

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. fiqa dpt kos asasi sc hayat kat unimas..then mmg minat akuatik. bagaimana pengalaman awak?
    boleh ceritakan?
    http://fiqansz.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu citer kompom xhabis la.. haha..
      klu ada field trip memang penat.. p pulau satang, pulau sampadi, Bako dll.. tp klu dah kat sana kompom enjoy.. hahaha..

      Delete
    2. snorkling.. scuba.. klu xboleh brenang pun xpa.. haha..

      Delete
  7. Sy dpt bachelor aquaculture di ums. Sbnrnya itu bkn bidang pilihan sy. Tpi sy suka bidang sains. Lepas bt research ttg aquaculture ni, rasa mcm best jg.

    ReplyDelete
  8. Sy dpt bachelor aquaculture di ums. Sbnrnya itu bkn bidang pilihan sy. Tpi sy suka bidang sains. Lepas bt research ttg aquaculture ni, rasa mcm best jg.

    ReplyDelete
  9. sama tak sains maritim n sains perikanan ? mohon pencerahan tentang sains gunaan perikanan. Tq :)

    ReplyDelete
  10. Ijazah sains marin mmg 3tahun and grad je ke?

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, sangat bermanfaat.. :) terima kasih

    ReplyDelete
  12. Apa beza antara sains samudera dan sains marin?

    ReplyDelete
  13. Sains samudera dan sains marin adalah sama :)

    ReplyDelete
  14. dan saya sekarang belajar di tahun 2 kos ini :)

    ReplyDelete
  15. Kalau jadi pegawai pangkat ape dpt?

    ReplyDelete
  16. Kalau diploma akuakultur.. Degree kene ambik ape?? utk nk jadi tentera laut... sains marin hanya di degree shj ke??

    ReplyDelete
  17. Saya dapat course ni kat unimas.. Tak nipis ke peluang pekerjaan jika dapat course ni? Sebab sy risau kalau habis study nanti menganggur,tak da pekerjaan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...