Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Salam Maal Hijrah 1434H kepada semua.. Berdoa dan bertekadlah semoga kita menjadi insan yg paling beruntung berbanding hari kelmarin , bulan, tahun dan seterusnya istiqomah sepanjang tahun. Ya ALLAH beri kami kekuatan.. Amin Ya Rabbal Alamin.. :)



Pastinya UNIMAS juga tidak ketinggalan dalam menyambut Sambutan Maal Hijrah dengan 


Friday, 30 March 2012

Jangan.. Jangan.. Jangan..

- JANGAN  tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
-  JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
-  JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
-  JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
-  JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
-  JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
-  JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
-  JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
-  JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
-  JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
-  JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
-  JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
-  JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
-  JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
-  JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita
Pesanan Ust DON

Thursday, 8 September 2011

4 Perkara Sebelum Tidur


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.

3. Sebelum para muslim meredhai kamu.

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.




Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam satu ketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau hendak tidur, bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari 
kiamat.

3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

4. Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Sebelum kita semua menutup mata ketika hendak tidur, amalkanlah empat perkara diatas, disamping selalu memaafkan orang-orang sekeliling kita. Walaupun mereka tidak meminta maaf dari kamu, sesungguhnya memaafkan orang lain itu mampu melapangkan dada. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...