Monday 26 September 2011

DI TANGISAN CINTA - SYAHMAN, TAQI NICE, ABD HALIM DEVOTEES

Hanya kerana insan
Sanggup pula kukorban
Menggadai cinta dan segala kepercayaan


Hakikatnya lumrah dunia
Isinya permainan dan khayalan
Meski telah sering ku dikhabarkan


Hatiku ditawan oleh keindahan
Fana yang dipupuk nafsu dan kealpaan
Langsung kudibayangi resahnya perasaan
Kerna kasihMu lebih kudambakan


Di tangisan cinta yang agung
Aku berserah diri demi kebesaranMu
Di sujud penuh kerendahan aku
Merintih padaMu ya Rabbi


Friday 23 September 2011

Format Diari Terbaru

Jika Kau Ingin Fahami Diriku..
Yg Mana Lebih Mudah Kau Fahami..
Diari Dalam Bentuk Flow Chart atau Mind Map?

Thursday 15 September 2011

Ready For Take Off..

Alhamdulillah dah 2 hari sampai kat UNIMAS, smpai jak kat UNIMAS nie, mcm2 benda yg jadi..Paling hampa bila dgr pengurusan utk orentasi aquatik d serahkan kat org lain lg, huhu.. Sabar jak la.. 2 kali dah aq hampa nak urus benda nie. tp xpa la.. mungkin kali nie yg terbaik.. Amin2..
Alhamdulillah, masih duduk kat kolej Cempaka, tp bilik dah pindah.. hehe, pindah p bilik single n kecik.. huhu, xpa.. asal ada penginapan.. 
Setelah beberapa hari kat sini, ternyata budak2 junior memang ramai.. Situasi tu bole tngok tem nak ke kafe.. Time pagi2 nak ke kelas, nak naik bus (walaupun belum lg naik bus UNIMAS setakat nie, hehe..)
Kehidupan kat U memang mcm2 ada, All in one.. hahha..
Ok, yg menarik sepanjang September 2011 nie,
 
- 16-18 September 2011 >> Field Trip ke Pulau Satang, Sarawak
- 23-25 September 2011 >> Orentasi Junior Aquatik clash dgn Kem Kepimpinan PERSAINTEK (Perwakilan Sains dan Teknologi Sumber)
- 28 September 2011 >> AGM PERSAINTEK (Perwakilan Sains dan Teknologi Sumber)
Haha, awal2 dah fit habis dgn program2 nie, huhu.. Smoga Allah permudahkan, Amin2..

Sunday 11 September 2011

Rumah Terbuka Raya Tawau Untuk Semua

Alhamdulillah, sedang sibuk mhitung hari nak balik  ke UNIMAS nie smpat lg p rumah terbuka kat Tawau nie.. Cukup meriah dari awal pg hingga tenghari tetamu dtg.. ( bukan kat rumah ku, kat Hotel Emas la, hehe.. )




Aq dtg bukan skadar nak dtg mkn jak, tp nak tolong2 jd AJK.. Mcm biasa klu ada kamera Nikon kat tangan, peluang tu xkan dlepaskan.. Huhu, kali nie aq jumpa model Nikon yg simple jak, tp ok jugak.. Nsib bek pandai guna, huhu..

Slain menikmati juadah raya, tetamu d sajikan dengan pelbagai jenis persembahan antaranya silap mata, nasyid, paluan kompang dan ucapan drpd YB2 dr daerah Tawau..

Silap mata yg wat psembhan td bukan calang2 orgnya..  juara silap mata peringkat antarabangsa plak tu, patut la tem psembhan tu smua org terpaku gila.. haha, ada jugak yg blur2 silap mata nie, ada yg lambat pick up, dan lain2.. hahha..

Creatist - Kelab teater Cempaka

Huhu.. kali nie aq nak bawak korang kat tempat aq blajar, kat UNIMAS.. hehe.. sbgai student boring klu xda wat pa bh kat kolej tu.. hehe.. jd aq pun sertai kelab drama dan teater.. hehe, memang minat sangat blakon nie..
dah peluang dapn mata, ambik jak la, hehe..



dah 2 sem aq ikut kelab teater kat Kolej Cempaka nie.. Alhamdullillah, setakat nie semua mkin best.. hehe..
yg paling xdapat lupa, wat psembahan teater 3 kali dalam msa 3bulan(rasanya la..) hehe..
First, ikut pertandingan sempena Sik Mok Rasuah dapat tmpat ke-2..
hehe, 2 persembhan lg lepas tu, aq dah mkin selesa kat atas pentas.. Kurang gugup dan mkin bsemangat..
nnt, aq akan bgtau crita dsebalik teater yg kami lakonkan..

Saturday 10 September 2011

Fadli Came Inspirated Me..

Alhamdulillah, akhirnya aq menerima tetamu yg ke-4 utk raya kali  nie
( rangking kwn2 ku jak.. hehe.. tetamu lain xkira.. hahaha..) Fadli dtg mcm besa nek motor..  Masing2 hampa sbb xdapat jumpa kwn yg baru jak pg td dah p U masing2, huhu.. Sabar jak la..

Aq rasa nie la kwn ku yg paling bsungguh2 klu wat apa2.. langsung xkenal penat, susah.. mcmna pun besar msalah tu dia pndai handle.. dia paling cepat knal erti bdikari..
dan yg paling bestnya usaha dia crik jodoh, huhu..

Sebelum dia pulang, sempat lg dia bg smangat kat aq, hehe..

Fadli ; Kahar, jgn ko carik peluang yg sesuai nak bgtau apa2..
           Klu ko carik tu xkan jumpa tu.. Ko la create yg peluang tu..

Makna 3 hari


3 hari lagu sebelum melangkah ke UNIMAS..
1) barang2 blum prepair..
2) rasanya bnyak kerja kat U belum buat..
3) Tawau, aq jalan jap p Sarawak.. Nnt aq dtg balik.. huhu

Friday 9 September 2011

Mari Naik Motor Pancit??

     Hari nie lain dari hari yg lain, hehe.. Pagi td tmankan kwan p bandar Tawau nak crik brang2 nak bwak p U masing2.. Aq, Bair dan Mus.. Aq rasa awal lg nak beli brang, sbb akan balik dlm 5hari lg..
Tp smpat jgak beli topi utk pkai tem field trip awal september nie..
Pengalaman dr field trip yg lalu, field trip nie memang pngalaman yg xdapat lupa, sbb bnyak yg kena sun burn lepas tu, hahaha..

     Mlm nie, sesuatu yg best sbb smpat braya lg kat rumah kwan.. 3 rumah jak yg mampu aq ziarah, sbb aq xtahan dgn air bercarbonat, dah la aq gastrik lg..
Tp, yg xdapat lupa sbb bkesempatan blajar nek motorsikal skitar kwasan kg..
Trus pandai n bwak motor n bonceng kwan, hahaha.. Tem nek motor tu rasa mcm something wrong jak.. Tayar blakang rasa mcm xbetul jak.. Ehm, tp xpala, truskan pjalanan..
Terpaksa ambek lesen motor la lpas nie, hehe..
(Tp blum pndai sesuaikan diri nak tukar2 gear nie, hehe..)



    Yg pling xbestnya....... lepas tu motor tu pancit plak.. Terpaksa sorong jln kaki dgn kwn sampai balik rumah sejauh 2km rasanya.. huhu, sabar jak la.. Hehe, maf bnyak2 Bair..

Adik Syg Abg Ka?


Kahar : Adik, ko syg abg ka?
Sahar : Syg la bh..
Khar : Aik, knapa ko syg abg?
Sahar : Nnt xda org syg aq..
Kahar : Huhu.. (terharu habis..)

Peluang Kerjaya Sains Marin @ Sains Akuatik



TIDAK ramai di kalangan pelajar tahu mengenai prospek kerjaya dalam bidang sains marin. Mungkin kerana bidang itu masih baru di negara ini maka prospek kerjayanya hanya dikaitkan dengan dunia laut.
Hakikat sebenarnya ialah sains marin turut menjanjikan peluang kerjaya yang cukup luas meliputi pelbagai jenis pekerjaan.
Prospek ini menjadi luas kerana para graduannya ketika masih di kampus institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang meneroka bidang selain sains marin seperti seperti pentadbiran; pengurusan; perniagaan; ekonomi atau komputer.
Jadi tidak hairanlah apabila terdapat graduan sains marin kini menjadi pengurus Bata Holding, pegawai bank dan wartawan.

Peluang itu terbuka luas apabila mereka mengikuti program ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan (MBA) sebaik sahaja berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Marin.
Menurut pensyarah Institut Oceanografi, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem), Kuala Terengganu, Terengganu, Prof. Dr. Faizah Shaharom, skop kerjaya sains marin adalah luas dan para graduannya tidak perlu berasa risau tentang peluang pekerjaan.
Katanya, kerjaya sebagai penyelidik di institusi penyelidikan yang mengkaji mengenai hidupan laut seperti ikan, batu karang dan lain-lain adalah biasa bagi graduan sains marin.
Begitu juga kerjaya sebagai renjer taman laut; pegawai perikanan; pegawai di Jabatan Laut; juru laut fizikal dan pegawai akuakultur.

Penyelidikan sains marin meliputi tiga bidang teras utama iaitu biologi; ekologi dan pengurusan sumber marin perikanan dan akuakultur bioteknologi marin.
Selain kerjaya yang dinyatakan itu, graduan sains marin turut mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang ketenteraan.
Ini kerana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut membuka peluang kerjaya kepada graduan sains marin untuk menjadi pegawai TLDM.
Dr. Faizah juga berkata, terdapat bekas anak muridnya kini menjadi pegawai penyelidik perubatan atau ahli teknologi perubatan.


Peluang graduan sains marin katanya turut terbuka luas dalam bidang pendidikan iaitu menjadi pensyarah di mana-mana IPT.
Ini bermakna mereka perlu mengikuti program ijazah sarjana dan doktor falsafah (Ph.D) sebelum layak menjadi pensyarah universiti.

Thursday 8 September 2011

Halim (Devotees) - Message Undelivered with lyric






Kau sangat istimewa
Kau tiada duanya
Yang menghangatkan jiwa


Kita telah dipertemukan
Bagai novel cinta
Indahnya cuma kita yang rasa


Tiap saat bagiku ingin menyintaimu
Tak pernah kau kulupa Selalu ku hubungi mu
Kau pun jua begitu bicara soal rindu
Katakan apa saja pasti kita sama setuju


Namun mengapa sejak kelmarin
Engkau mendiamkan diri sepi dariku
Kucuba menghubungimu tapi
tiada jawapan yang kuterima
Hanya suara wanita yang berkata
Sila hubungi semula


Mengapa apakah yang terjadi antara kita
Tidak pernah aku sedikit pun untuk
Cuba mengguris apatah lagi cuba menyakiti hatimu
di manakah ruang itu yang kau mungkin pernah
cuba untuk menjelaskannya padaku


Masa berganti waktu
Kuharapkan namamu
Kan muncul menyerikan
Paparan panggilanku


Namun hampa yang kutemu
Bila tiap mesejku
Tak sampai kepadamu
Katanya message undelivered

4 Perkara Sebelum Tidur


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.

3. Sebelum para muslim meredhai kamu.

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.




Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam satu ketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau hendak tidur, bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari 
kiamat.

3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

4. Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Sebelum kita semua menutup mata ketika hendak tidur, amalkanlah empat perkara diatas, disamping selalu memaafkan orang-orang sekeliling kita. Walaupun mereka tidak meminta maaf dari kamu, sesungguhnya memaafkan orang lain itu mampu melapangkan dada. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.


Cukai 6% Untuk Topup Telefon??

Cukai 6% Topup Telefon Prepaid Dan Pek Simkad Bermula 15 September 2011??
Menurut sumber, cukai 6% topup telefon prepaid dan pek simkad bermula 15 September 2011 ini. Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu. 


Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai cukai 6% topup telefon prepaid dan pek simkad bermula 15 September 2011.


Untuk rekod, Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.


Kalau dulu syarikat telco ni mampu menyerap cukai 5% tapi sejak cukai di naikkan kepada 6% bermula 1 Januari 2011.


Sekarang ini syarikat telco ini dah tak mampu nak tanggung beban cukai ini lalu terpaksa memindahkannya cukai 6% topup telefon prepaid dan pek simkad bermula 15 September 2011 kepada pengguna.


Untuk rekod, selama ini syarikat telekomunikasi mensubsidi hampir RM 378 juta sebulan hanya untuk menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan.
adi, terpaksalah sekarang, pengguna telefon prepaid menyerap kos tersebut. Pengguna postpaid pasti dah biasa dengan cukai 6% ini. Memang boleh nampak dalam penyata bulanan.


Bagi pengguna pepaid pasti akan merasa kesannya. Kalau nak beli topup RM 10 maka nilai yang perlu dibayar ialah RM 10.60 (60 sen sebagai cukai). Bersediakah anda untuk menerima perubahan ini ?
*tapi sebelum nie pun, ada jugak kedai yg awal2 dah wat cukai.. hehe.. RM10 jual RM11, dll. hehe..

Kolej Kata Mari Semula Pulak?


perbualan telefon ini telah dirakamkan utk peningkatan mutu perkhidmatan..
(selepas telefon baru ditaip.. huhu..)

Khar : Assalamualaikum, Wandy.. Knpa call wandy?
Wandy : Waalaikumsalam, Khar.. Khar, aq dah tanya AJK Kolej td, name list utk snarai jaya kolej tempoh hari akan dapat kolej jugak..
Khar : Wah,Alhamdulillah..... Xpaya la nak sibuk2 carik rumah sewa nie.. hehehe..

(Perbualan diputuskan.. hehe..)

Sangat bsyukur sbb dapat lg duduk kat kolej Cempaka, UNIMAS..
hehe.. bukan snang nak duk kat kolej nie..
InsyaAllah, sem ni tpaksa fight mati2 nak sertai aktiviti kolej!!! Amin2..

Aku dan Nasyid


Alhamdulillah, nie la genre muzik aq slama beberapa tahun kebelakangan nie.. huhu.. tem budak2 skolah dulu suka dgr lagu2 melayu, english.. huhu.. tu sbb kwan suka dgr, terpakasa ikut suka jugak.. hehe..

Next entry, aq akan share2 sdikit sbnyak lagu nasyid yg best2.. huhu.. aq dengar semua lagu nasyid.. lagu dr zaman dulu2, samapi sekarang.. Alhamdulillah, sekarang lagu nasyid dlm koleksi melebihi 1700++ buah lagu nasyid..

Retro Jiwa @ Kolej Cempaka, UNIMAs


kenangan tem senja kat kolej kat UNIMAS.. hehe.. 
aq ingat lg tem nie nak tunggu azan maghrib bkumandang..
hp trus p camera mode, trus snap!!!

"F" Tiada Lagi???

Salam, huhu.. hari nie dah 3 entry yg aq post.. hehe.. saja2 nak hangatkan blog baru aq.. hehe..
Entry kali nie wat aq kcewa sikit.. huhu.. apa tidaknya, besa la budak2, tem dia kecik la dia nakal gila..
anak jiran msuk dlm bilik n bg cabut "huruf F" kat keyboard aq.. huhu.. lantas ku belai tangannya n trus dia nangis.. hehehe..

keyboard aq dah kurang ensem cikit.. hehe.. nsib baiklah huruf f nie kurang glamor cikit dh=guna bbanding huruf yg lain.. Ehm, tp klu org yg slalu log in facebook... itu la msalah dia.. hehe

Pabila Kolej Kata Pergi???

menghitung hari nak balik UNIMAS.. tapi yg wat mencabarnya kemungkinan penghuni kolej sebelum nie akan duduk kat luar termasuk la aq.. ehm, 100% kemungkinan kot.. huhu..
Misi nak balik Unimas terpaksa fokus nak  cari rumah sewa, tinggal dgn kwn2, dll...
huhu, apa yg akan terjadi nnt?
segalanya mungkin berlaku sekelip mata shj kat dunia universiti nie..

Brotherhood


Huhu.. my little brother, Sahar..
Akan mewarisi Khar29lens,... mungkin la.. hehehe..
Mana tahu nnt dia ada blog sendri jugak..
Still tadika lg.. Tp slalu nak compete aq,
"aq mo hensem mcm abg.."
"aq mo tinggi mcm abg.."
"aq mo mkn bnyak2, spaya cpat tinggi mcm abg.."
 huhu.. InsyaAllah adikku, tp suatu hari nnt..
 hehe.. amin3..

Intro

Alhamdulillah akhirnya blog yang ntah ke brapa kali dah aku create.. huhu.. aku nak tukar angin dari blog yang lama, tp InsyaAllah kedua2 blog ini akan diupdate jika berkesempatan..
khar29lens.blogspot.com macam season 2 untuk khar28lens.blogspot.com.. hehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...