Thursday 8 September 2011

Cukai 6% Untuk Topup Telefon??

Cukai 6% Topup Telefon Prepaid Dan Pek Simkad Bermula 15 September 2011??
Menurut sumber, cukai 6% topup telefon prepaid dan pek simkad bermula 15 September 2011 ini. Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu. 


Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai cukai 6% topup telefon prepaid dan pek simkad bermula 15 September 2011.


Untuk rekod, Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.


Kalau dulu syarikat telco ni mampu menyerap cukai 5% tapi sejak cukai di naikkan kepada 6% bermula 1 Januari 2011.


Sekarang ini syarikat telco ini dah tak mampu nak tanggung beban cukai ini lalu terpaksa memindahkannya cukai 6% topup telefon prepaid dan pek simkad bermula 15 September 2011 kepada pengguna.


Untuk rekod, selama ini syarikat telekomunikasi mensubsidi hampir RM 378 juta sebulan hanya untuk menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan.
adi, terpaksalah sekarang, pengguna telefon prepaid menyerap kos tersebut. Pengguna postpaid pasti dah biasa dengan cukai 6% ini. Memang boleh nampak dalam penyata bulanan.


Bagi pengguna pepaid pasti akan merasa kesannya. Kalau nak beli topup RM 10 maka nilai yang perlu dibayar ialah RM 10.60 (60 sen sebagai cukai). Bersediakah anda untuk menerima perubahan ini ?
*tapi sebelum nie pun, ada jugak kedai yg awal2 dah wat cukai.. hehe.. RM10 jual RM11, dll. hehe..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...