Showing posts with label Tidak Terungkap. Show all posts
Showing posts with label Tidak Terungkap. Show all posts

Monday, 3 September 2012

Tidak Terungkap - Episod 13



            Berbalik pada permasalahan yang aku hadapi ini, aku masih lagi terpinga2 untuk menjawab mesejnya ini. Sudah 9minit berlalu, namun aku masih keluh tanpa bicara. Apakah yang perlu aku katakan padanya? Setiap bait kataku kepadanya mesti aku teliti terlebih dahulu. Aku memejamkan mataku untuk mencari idea dalam benak hatiku yang mempunyai taman yang mekar ini.

            Setelah aku mendapat idea, lantas ku taipkan ideaku pada keypad handphone yang berada digenggamanku. Tiba2, bunyi mesej mengejutkan diriku yang bersusah payah menaip mesej. Setitik peluhku jatuh dilantai kerana ketungkus lumusanku menaip mesej tersebut. Lalu aku bertanya pada diri sendiri. “Sebelum ni.. aku dah hantar mesej kat dia ka? “

Aku merasa hairan dan gundah gulana kerana mendapati namanya terpapar pada screen. Aku yang tidak bersabar2 membaca mesej tersebut mula menggerakkan ibu jari kanan ku untuk membuka mesej darinya. Belum sempat ibu jari ku menyentuh butang untuk membaca pesanan digitalnya. Dengan sendirinya mesej itu terbuka sendiri. Seakan2 handphoneku juga tidak sabar2 untuk memberitahuku sesuatu.

DIA : Maaf ya.. Ada kerja cikit nie.. Jika kita ada ruang masa untuk cerita lagi, pasti saat itu akan datang jua..  

Lantas ku balas mesejnya dengan penuh pengharapan yang menggunung.

AKU : Tapi..  

Dan dia juga sempat membalas,

DIA : Tak da tapi2 k?

AKU : Ehm, baiklah.. Tetapi berjanjilah kepada diriku yang jauh dimata dekat dihati ini.. Jika hujung minggu nanti, dikau tidak keberatan maka.. bukalah peluang untuk diriku menghantar SMS kepada dirimu.. Boleh ?           

Dan akhirnya jawapan tersebut tiba pada hari ini. Sebaik sahaja aku habis mengimbau kenangan lalu, tiba2 sebutir air hujan jatuh tepat pada lesung pipiku. Air hujan tersebut sempat bertakung beberapa ketika sebelum menjadi wap kerana suhu badanku yang hangat2 tahi kucing tika itu.

Mataku yang sayu memandang langit yang mendung itu. Sebentar lagi hujan akan jatuh berderai untuk menyamankan suhu bumi yang sudah berasa ditahap yang kritikal. Inilah dia kesan global warming kesan daripada tangan2 kotor manusia itu sendiri.

Aku menutup mata dan  membuka lebar kedua belah tanganku untuk menyambut sang hujan turun untuk turut sama aku bermandi hujan ketika ini. “Biar aku bermain hujan ketika ini. Jangan menghalanga aku! Biar aku basah kuyup! Biar aku demam!”, protesku dalam hati.

Air hujan yang jatuh dari langit ketujuh mula sedikit sebanyak jatuh diperkarangan rumahku. Aku dapat mendengar kegirangan tumbuhan2 yang gembira dan ceria tatkala  merasa nikmat tuhan yang sangat bernilai itu. Aku juga mahu seperti mereka, berteriak kegirangan sambil berlari2 anak dalam hujan yang lebat.

Tiba2..

“Angkat kain hujan dah turun!!”, teriak anggota rumahku kepadaku.
Alamak aku terlupa untuk mengambil pakaian yang sudah ditugaskan padaku pada hari ini! Inilah tugas rutinku sementara menghitung hari untuk balik ke kampus yang aku sayangi. Maafkan aku sang hujan, nanti2 lah aku bermandi hujan dengan korang..

Wednesday, 1 August 2012

Tidak Terungkap - Episod 12



            Berikut adalah sorotan mesejku bersamanya..

AKU : Assalamualaikum.. *hulur salamku dengan penuh gentleman..Beberapa minit kemudian, dia menjawab seperti biasa..*
DIA : Waalaikumsalam.. *Sepantas kilat aku membalas mesejnya,*
AKU :  Dah lama tak dengar khabar.. Awak apa Khabar? Jangan risaukan aku.. Aku sihat walafiat sekarang..  *walaupun aku segan untuk menaip mesej ni, terpaksa jugak untuk mengelakkan dia tak tanya khabarku.. Hehe..*

Beberapa minit kemudian.. Belum habis nada mesejku berbunyi, aku tidak membuang masa untuk membacanya..

DIA : Alhamdulillah, sihat jugak..  Oh.. Macam kurang sihat pulak tu?

Huh, aku merasakan mesejnya double meaning bagiku..

“Hahaha.. Amboi, mesej sinis jak ni??, ronta gembira dalam fikiranku..

Gembiranya aku ibarat percikan bunga api yang mewarnai keindahan malam tahun baru di Bandaraya Kula Lumpur. Setiap percikan tersebut mempunyai kegembiraan yang cukup tersirat dan tersurat.

            Sebelum aku membalas mesejnya, aku sempat bertanyakan pendapat orang lain diruangan forum Gempak. Respond yang aku dapat cukup hangat. Ramai yang Cuma meng-like saja pertanyaanku ini. Adakah mesej ini terlalu payah ?   Atau mereka tidak pernah mendapat mesej seperti ini. Aku juga sempat meneliti ceramah dari Dr Fadhilah Kamsah berkenaan tentang cara penulisan mesej yang aku terima ini.


“Menurut graphomology, orang yang menulis senget ke kiri…. Senget ke kanan… tulisan bulat2… adalah orang yang macam ini.. macam itu.. ”.. Usaha ku gagal kerana amat payah nak tengok bentuk penulisan dalam mesej ini. Usahaku Totally Fail!!



Tuesday, 10 July 2012

Tidak Terungkap - Episod 11


Umpama kaca yang jatuh pada batu, kemudian dipijak budak2 hingusan.. Begitulah perasaanku tatkala membaca mesej yang ditujukan kepadaku. Hampa berbaur kecewa. Mesej yang aku nantikan selama ini, sungguh sedikit menghampakan.

“k”

Hanya satu perkataan sahaja yang terdapat pada mesej tersebut. Aku cuba mencari2 perkataan lain, namun semua usahaku gagal. Aku masih tidak dapat menerima hakikat ini, seakan2 penantian ku selama ini sia2 sahaja.


Namun, aku tidak boleh berputus asa disini! Aku mesti berusaha dengan gigih lagi untuk mencapai matlamatku selama ini yang sudah aku pahatkan pada pohon cemara dibelakang rumahku.

“Ini Cuma halangan yang kecil. Mana mungkin lelaki yang bergaya seperti aku ini tewas kepada satu perkataan sahaja. Sedangkan harimau kumbang boleh ku tewaskan, apatah lagi perkataan yang berada dimesej ku ketika ini”, sahutku didalam hati yang berkecamuk ini.



Tapi aku membiarkan sahaja perasaanku hanyut yang masih berbalah dalam diriku sendiri. Faizal Tahir muncul dalam igauanku untuk men-sponser lagu Hanyut khas ditujukan kepadaku. Tapi dengan angkuhnya aku menolak pelawaan yang tidak tepat pada masanya itu.

“Perasaanku juga seakan2 dipermainkan.. “, satu sudut hitam kecilku tiba sahaja membisikkan sesuatu..

“Astagfirullah.. Ini cuma andaian burukku.. “, lantas aku menyesali perbuatanku yang kurang enak itu.

Aku mula berfikiran baik terhadapnya,”Oh.. Mungkin dia kehabisan kredit.. Hehe.. Tak apa la.. Hahaha.. ”. Sambil aku tersenyum sambil memperlihatkan leseung pipitku yang semakin lama semakin cantik  yang boleh menyegarkan kembali bunga mawar yang layu.

Sebenarnya mesej ini adalah sedikit cebisan mesej yang “hilang” seminggu lalu.. Mungkin dia terlupa untuk menghantarnya dulu.. Hehe.. (Ketawa sambil memetik bunga dihalaman berandaku.. )
Aku masih ingat lagi pada masa itu, ketika hujan renyai2 membasahai bumi yang tandus ini.. Petang hari ahad itu sungguh indah, seakan berada di kota romantik Paris. 

Sunday, 10 June 2012

Tidak Terungkap - Episod 10


Sungguh girang perasaanku ketika itu. Setiap langkah ku diiringi zikir memuji kehadrat-Nya. Setelah sekian lama handphoneku tidak berdering menandakan datangnya mesej untukku.. Handphoneku sangat  berhabuk walaupun baru semalam aku meletakkannya pada meja tersebut.  

Lemah gemalai tanganku tatkala mengambil handphone yang berhabuk itu. Ku menarik nafas lega dan panjang lalu ku tiupkan pada habuk yang ada pada handphoneku 3 kali, lalu aku meletakkan sedikit cairan pekat serbuk pencuci Fab Total dan sedikit campuran Vanish, Yakini Merah Jambu! kearah kotoran debu degil yang ada pada handphoneku. Tidak cukup dengan itu, aku memberusnya dengan sikat dawai yang ibuku guna untuk menyiang ikan tongkol kemudian aku menjemurnya sehingga kering.


Setelah yakin handphoneku bersih daripada noda2 debu, barulah aku dengan slamba membuka pad kekunci handphone. Dalam otakku masih lagi berfikir siapalah yang menghantar mesej pada diriku ini. Jangan2 orang silap nombor handphone kali ka? Atau sengaja mengetuk pintu hatiku? Ehm, mungkin juga ada segelintar insan yang cuba mempermainkan dan memperkotak-katikkan perasaanku ini. Adui.. (menarik nafas panjang)

Aku segera menjawab persoalan tersebut dengan meneliti kandungan inbox handphoneku. Banyak mesej2 yang belum aku padam memenuhi ruangan inbox ku sejak setahun lalu. Salah satu hobiku adalah membaca mesej2 lalu agar kenangan aku bermesej masih segar di ingatanku.

Ibarat panahan anak panah terkena tepat pada jantungku.. Tidak aku sangka2 mesej itu datangnya daripada seseorang yang aku simpan dalam hati bahawa dia adalah tulang rusuk kiriku.. Debaran jantungku mula berubah, dulunya tadi pengaliran yang cool dan lancar menjadi tidak keruan.

Aku mengucapkan kesyukuran yang tidak berbelah-bagi kerana mendapat satu mesej daripada insan yang aku harapkan memenuhi ruang kosong dalam diri ini. Kegembiraanku dapat dirasakan oleh kicauan sepasang burung merpati yang hinggap di beranda rumahku.


Kadang2 aku merasa jelous kepada sepasang burung merpati itu kerana sudah menemui jodohnya tetapi, belum lagi pada aku. Dengan lembutnya aku membuka mesej yang dikirimkan kepadaku dengan penuh debaran dan penantian. Benarlah kata pujangga, penantian itu suatu penyiksaan. Seiringan dengan itu aku mula kembali ke beranda rumah semula.
Keadaan tiba2 sunyi sepi..

Thursday, 31 May 2012

Tidak Terungkap - Episod 9


Ada juga pasukan cheers dari kampong seberang turut serta dalam acara yang gilang-gemilang ini. Pakaian yang digunakan oleh group cheers tersebut sungguh sopan dan tidak menjolok mata yang memandang mereka. Pasukan cheers tersebut sudah dibayar supaya untuk memberi sorakan kepada diriku dan bukan kepada Mancha yang gelap gelita itu. Jika ada cheers untuk Mancha pun itu hanyalah sorakan penghinaan terhadap dirinya.. Hahaha..



Amy Search yang sudah menyampaikan beberapa lagu tiba2 lesap, mungkin dia telah lama  menanggung malu kerana ramai yang tidak menumpukan mata kepada persembahan beliau. Sewaktu beliau menyanyi, hanya jelas kedengaran bunyi cengkerik yang kedengan ketika dia meminta respond dari penonton. Jika beliau teruskan persembahan tersebut, beliau boleh terkena penyakit demam kepialu, demam yang tersangat malu.

Tidak mengapalah, main event belum lagi berakhir.

Fajar mula menyinsing. Mentari mula menyinari setiap pelusuk kampong. Keadaan Mancha yang parah itu semakin meruncing apabila dia merasakan cahaya sang mentari sudah kelihatan. Matanya terbeliak dan gelagatnya seperti kera, ibarat kera terkena belacan.  Semua penduduk berasa hairan dengan keadaan Mancha yang seakan2 takut kepada cahaya mentari.

Adakah dia terlalu gelap dan alah kepada mentari? Atau adakah permukaan badannya itu boleh menyerap haba dan menyebabkan dia tidak selesa??

Aku yang meyaksikan keadaan Mancha itu mula rasa bersalah. Aku ingin bertanyakan khabarnya pada masa itu, tetapi aku bimbang persoalanku itu ibarat soalan cepumas bagi dirinya yang menderita kesakitan itu.

“Takkan lah pukulan ku menyebabkan dia jadi alah kepada mentari? Gila cool..”, ujar fikiranku.

Seluruh tubuh Mancha diliputi cahaya mentari seiring dengan teriakannya yang nyaring dan beralun lembut. Rupa2nya dia adalah jelmaan toyol yang alah kepada matahari. Ramai yang menyaksikan peristiwa bersejarah itu terdiam seribu bahasa. Mereka kaku dan hanya mulut terbuka luas, mata memandang keatas dan tangan diletakkan dibahu.


Asap mula menyelubungi dirinya disamping percikan mercun yang turut merancakkan suasana pada ketika itu. Tarian singa dan naga turut dimainkan penduduk kampong kerana masih lagi dalam suasana Tahun Baru Cina dan pada tahun ini bertemakan Tahun Naga Air.

Keesokkannya, baru penduduk kampong menjumpai Mancha yang original berada dirumahnya dengan keadaan yang terikat. Aku bersyukur kerana tiada orang menemui ajal masing2 pada hari kejadiaan. Dalam beberapa hari lagi, aku akan meneruskan pengajianku di salah sebuah IPTA di Negara ini, dan semestinya aku mengingati peristiwa ini lantas ku coret dalam lembaran sejarah  diariku.

Catatan pada Harian Metro Edisi Sabah juga turut menukilkan kisah ini. Ada juga penduduk yang menyarankan ketua kampong supaya cerita ini dimasukkan ke dalam slot Dunia Tersembunyi@TV3. Saranan tersebut masing lagi dibincangkan oleh AJK kampung ini.

“Hahaha.. Dah tak da kerja ka dorang ni.. Hehehe..”, gurauku dalam hati menenangkan fikiran yang sedikit kusut ini.

Tiba2 lamunan ku terhenti kerana terdengar deringan mesej pada Sony Ericsson J10 milikku yang ku letakkan di atas meja. Aku yang duduk tercengang pada beranda rumah berlari2 anak menuju telefon bimbitku. Langkah kakiku tidak menghasilkan bunyi langsung menuju meja yang semakin aku dekati itu.

Sunday, 22 April 2012

Tidak Terungkap - Episod 8



Aku mengatur langkah dan menyusun beberapa strategi yang aku fikirkan  tanpa Mancha menyedarinya.. Dia masih lagi bercerita sendiri tanpa hentinya.. Aku mesti menghalangnya kerana banyak penduduk kampung yang berang dengan tindakan Mancha itu kerana banyak yang menderita kebosanan akibat mendengar omongan kosong karya Mancha itu.. Ada yang termuntah2, ada juga yang migraine, ada juga yang mengalami masalah split personality akibat terlalu banyak mendengar cerita yang mengarut dan tidak berfaedah cerita Mancha itu.



Barulah banyak penduduk kampong perasan bahawa cerita Mancha itu adalah serangan dibawah sedar kepada sesiapa yang mendengar ceritanya. Serangan Mancha itu sangat berbisa umpama cakera yang bahaya yang dilontarnya. Menurut ahli bijak pandai, radiasi ini berlaku kerana masalah bacteria yang terkumpul sekian lama dimulut Mancha. Menurut Prof Bob, Pensyarah Tetap UM berkata,”Kami mendapat sample pada lokasi tersebut dan mendapati ada bakteria yang sudah wujud ketika zaman era pop-80an lagi..”



Ujar beliau lagi, “..Jika kita Berjaya membiak bacteria ini kita mampu menghasilkan penyanyi yang mempunyai suara pop-80an tanpa pembedahan mahupun tanpa memakan pil pelangsingan badan..”
Aku memaksa kakiku yang berkaki ayam ini berlari kencang kearahnya yang masih lagi terleka dengan ceritanya. Kemungkinan dia juga terkena sendiri serangannya, siapa tahu? Dengan berbekalkan keazaman yang pekat didada, siapa tidak mahu anak sulung dalam keluarga ini melakar kejayaan dengan penuh emosi.

Aku semakin dekat kearahnya, begitu juga kurasakan kejayaan yang semakin hampir padaku. Lantas aku bergerak 180° ke belakangnya dengan penuh tangkas ibarat harimau muda menerkam mangsanya yang alpa. Corak Seranganku umpama harimau muda yang lapar membaham sayap sang garuda dalam pertembungan Malaysia VS Indonesia lalu. Siapa sangka aku akan menggunakan tendangan Tornado Kick tepat pada tulang belakangnya.



 Aku bukannya berlawan tanpa akal dan fikiran, aku meneliti terlebih dahulu bahagian tubuhnya yang perlu aku serang. Bukan main alang kepalangnya kesakitan yang dia tanggung pada saat ini. Penduduk kampong dapat mendengar bunyi tulang yang rekah disekitar kawasan ini.  Penduduk Kampung tergamam dengan apa yang mereka lihat melalui mata kepala mereka sendiri.

PENDUDUK KAMPUNG 1 : Pukul lagi! Pukul Lagi! Lumatkan dia!! *salah seorang penduduk kampong tiba2 berteriak kegirangan*

AKU : *mataku yang merenung tajam terus melihat kearahnya dengan slamba* Kau ingat senang ka? Setengah mati jugak rancang step tadi tau!

PENDUDUK KAMPUNG : Whoa!!!!! *sambil mereka bertepuk tangan dan ada juga yang memalu kompang tanda kegembiraan yang tidak terhingga*

Tuesday, 17 April 2012

Tidak Terungkap - Episod 7


Ya, aku ada sesorang yang aku sukai, seorang yang sangat memenuhi list yang aku tetapkan selama ini. Namun, jika tiada jodoh aku redha dengan ketentuan jodoh pada diriku ini. Siapalah diriku ini yang mengharapkan seseorang insan yang sempurna dimata ku sedangkan aku tidak berusaha menjadi manusia yang baik. Oh, sungguh menusuk perasaan ini. Perlawanan ini sungguh banyak mengajar aku bermacam2..


“Maafkan aku Mancha.. “, itulah ungkapan yang mampu ku lafazkan pada bibirku yang tidak terlalu nipis merah merekah bak delima ini. Walaupun aku tidak memakai produk kecantikan namun itulah anugerah yang aku ada. Banyak gosip2 yang sudah lama yang menjadi pertikaian didalam dunia kecantikan tentang keistimewaan yang aku miliki ini.


Ada yang berpendapat aku memakai susuk pada bibir. Statement itu aku tolak mentah kerana tak da langsung logiknya. Selain itu, seseorang professor dari University Harvard pula memberikan kesimpulan bahawa bibirku ini adalah diantara jenis2 bibir yang hampir pupus di muka bumi ini.
Aku dimasukkan kedalam wad ICU setelah mendengar statement tersebut. Hidungku berdarah tanpa henti malah menjadi antara penyakit yang terpelik dalam dunia perubatan. Malah pada awal tahun ini juga, terdapat bomoh yang mengandaikan bahawa bibirku adalah pemilik asal bibir Justin Bieber.  Statement ini menjadi isu panas didalam dunia selebriti antarabangsa. Hampir sahaja Justin Bieber mengeluarkan saman malu terhadap bomoh tersebut. 


Tiba2 suasana mula berubah.. Pengaliran angin monsun pada bulan ini turut berubah menyebabkan angin bertiup sepoi2 bahasa lingua franca yang tidak difahami oleh masyarakat tempatan. Ahli meteorology juga masih bertelagah tentang masalah ini kerana peralihan angin tersebut tidak tepat pada masanya. Angin tersebut menyebabkan nelayan tempatan tidak dapat turun kelaut pada awal pagi itu.

“Sabo je la jang..”, ungkap mereka beramai2. Raut wajah mereka yang sangat tension dan mengharapkan aku menghabiskan perlawanan ini sanagt mereka nantikan sejak turun-temurun.
Ombak setinggi 2meter mula memukul tepian pantai dan mencetuskan kegerunan para nelayan yang turut menyaksikan peristiwa itu. Menurut apa yang aku belajar dari bilik kuliah, peristiwa ini boleh menyebabkan masalah kepada kehidupan terumbu karang kerana terdapat jenis karang yang sangat mudah pecah dek ombak yang kuat dari biasa.



Begitulah semangat yang cukup jelas terpancar pada raut wajahku pada saat ini. Siapa sangka level ku sadah sampai ketahap yang cukup memberangsangkan semangat juang yang menjulang tinggi lalu memberikan motivasi kepada bakal2 pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM pada tahun ini. 

Thursday, 5 April 2012

Tidak Terungkap - Episod 6

Amatlah terperanjatnya diriku apabila dia tiba2 muncul dalam kabus yang berada didepan mataku ini. Muzik yang dinyanyikan oleh Amy search seakan2 background music yang cukup tepat ketika ini. Penduduk kampong semakin resah dan gelisah saat dan ketika ini. Penduduk kampong yang membeli pop corn tidak sempat mereka merasa pop corn tersebut kerana terleka melihat aksi ku yang seakan Jackie Chan dalam filem Rush Our 2.  


Mereka yang menyaksikan perlawanan latihan ini seakan2 melihat wayang di panggung yang berdefinisi tinggi (HD) dan ada juga pendapat bahawa mereka yang duduk dihadapan sekali dapat menyaksikannya dalam unjuran 3D. Amat malang bagi mereka yang tidak melihat peristiwa ini kerana crew2 yang bertugas sudah melarang penggunaan handycam mahupun handphone dan kamera dalam bentuk video untuk melarang sebarang rakaman ketika program ini dilangsungkan.

Dia yang masih lagi dalam Insane mode terus mencari2 langkah yang bergaya untuk memalukan aku dengan mengalahkan aku dihadapan penduduk kampong yang banyak mengundi aku bahawa aku akan memang dalam perlawanan ini dengan agreget 2-0.

Dia mendapat idea dan memutuskan bahawa dia akan membaling cakera padat pada jarak yang dekat kepadaku pula?? Ini sudah memeranjatkan sepelusuk dunia kerana perlawanan ini juga boleh diikuti di channel ESPN dan tidak lupa juga penyiar rasmi kami Hot FM, Lebih Hangat Daripada Biasa.  Ramai juga penonton yang menyaksikan mengeluarkan pelbagai kontroversi kerana lemparan cakera pada jarak yang dekat sungguh kejam dan langsung tidak berperikemanusiaan dan diluar jangkaan hakim yang  turut menilai persembahan yang kami pamerkan.

Pengadil yang bertugas tidak memberikan sebarang kad kuning, kad merah ataupun kad ucapan. Maka tindakan beliau itu sah disisi undang2 yang termaktub pada perlembagaan Negara Malaysia.

Aku memaksa diriku untuk lantas bangkit meneruskan perjuanganku ini. Aku yang berdarah O positive ini tidak mudah menyerah kalah mahupun menyerah menang. Aku dengan pantasnya melompat kebelakang untuk memberi laluan kepada serangannya yang hangat2 tahi ayam itu. Cakera padat yang ditujukan kepadaku tidak menepati sasaran. Bukan alang-kepalang degup jantungku pada saat itu sungguh berdebar2. kederasan darah Bugis yang mengalir diseluruh tubuhku semakin deras dan padu dapat dirasakan oleh semua penonton hadir.  

AKU : Amboi2, sungguh lincah seranganmu itu Mancha.. *sambil tersenyum sinis langsung menampakkan lesung pipitku yang berada dikiri dan kanan pipiku*

Mancha: Huh, mestilah bah..Mana mungkin aku tewas pada hari ini..  Walaupun gajiku  murah tapi prestasiku sangat tinggi membabi buta.. *Aik,Nampak macam tak puas hati jak tu?*

AKU : *sambil tangan kananku memperbetulkan rambutku yang terurai lembut dimukaku* Bukankah kita sudah berjanji, kontrak perjanjian Pangkor yang kita tandatangani pada tahun ini berjanji akan menaikkan gaji kau nanti, Itupun jika ko menang dengan lulus bersyarat pada perlawanan ini.. Maka, bersabarlah.. Hahaha.. *Aku sengaja melengah2kan masa sementara aku setengah mati menarik nafas panjang untuk recover balik pernafasanku ini..*

Mancha : Hahaha.. *mengeluarkan bakatnya dalam pantun 2 kerat * sudah gaharu cendana pula, sudah tahu aku pasal tu bah.. Hahaha..    Bla.. Bla.. Bla.. *meneruskan keceloteannya bercerita.. diiringi dengan gelak tawanya tetapi orang lain menangis melihat sikapnya..*

           
Pada saat itu baru aku mula mengenali dirinya sungguh peramah dan agak banyak cakap sikit. Aku merasa serbah salah untuk membelasah dirinya seakan2 aku membelasah diriku sendiri. Ini pilihan yang cukup membinasakan diriku. Aku buntu. Aku sangat geram ketika itu. Aku suka pada dirinya yang peramah itu walaupun aku sendiri melihat dirinya yang hitam legam itu..  
Tetapi bukan bermaksud aku suka pada dirinya, aku seorang manusia biasa yang ada fitrah yang suka pada wanita bukan pada dirinya!


Friday, 30 March 2012

Tidak Terungkap - Episod 5

Setelah aku mendapat serangan yang bertali arus itu tadi, maka terkulai layulah tubuhku terjatuh ditanah yang masih terasa dinginnya embun pagi yang yang sungguh segar.

Sempat lagi aku menyanyi lagu versi acapella buat dirinya.. Buat insan yang bertaktha dihati ini.. Dengarkan lah.. Nyanyian asal dari kumpulan Far East, lagu yang berjudul.. Nursyahadah..

“sejernih embun pagi sebersih dirimu,
tanpa dicemari walaupun,
sebutir debu,
didalam rahmat Nya,
iringan doaku moga kau bahagia,
akan kubimbingmu sekadar yang kutermampu,
menyemai iman dan menuai taqwa,
biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta,
cukuplah sekadar teman yang biasa.. ”

Para hadirin dan hadirat cukup terpesonan dengan lagu yang aku dendangkan sejenak.. Ramai yang menyarankan aku menjadi penyanyi, tetapi jawabku dengan simple,”Belum tiba seru lagi, maaf..”
Suaraku bukanlah semerdu kicauan burung kenyalang dan kakak tua.. namun ia sudah cukup untuk menidurkan bayi yang menghadapi masalah tidur dan kencing malam. Sesiapa yang mempunyai masalah tersebut disarankan mendengar lagu yang ku nyanyi 3 kali sehari sebelum dan selepas makan. InsyaAllah, jika tiada aral melintang maka sihat lah pesakit tersebut.

Air embun yang berada di permukaan bumi yang segar hijau ini mengenai raut wajahku. Sungguh segar ketika itu, tidak terungkap dengan kata2 mahupun deria rasa yang lain. . Jika dapatku kumpulkan air embun pagi ini, sungguh beruntunglah diriku ini untuk menjadikan air tersebut menjadi pencuci muka, cuci kain dan banyak lagi aktiviti harianku yang lain termasuklah beristinjak.

Mancha tersenyum malu2 kucing Parsi apabila dia mendapati cakera yang dilontarnya mengenai diriku. Dia lantas berlari menuju kearah diriku dengan hanya beberapa langkah sahaja. Jarak diantara aku dan dia adalah jarak sejauh mata gajah memandang. Keistimewaan dia yang tinggi lampai itu juga membolehkan langkahnya yang dia cipta amat jauh sekali.

Mancha adalah seorang yang baik hati dan akibat dia terlalu baik hati dan selurus bendul penduduk kampong pernah mengambil kesempatan ruang dan masa untuk menjadikan  dia sebagai penjolok buah kelapa di kampong ini. Ada juga ura2 yang menyatakan bahawa dia juga pernah dijadikan titi untuk budak2 sekolah kampong melintasi sungai yang roboh akibat banjir kilat yang sering melanda kampong ini.


 Menurut saksi lagi, yang tidak mahu dirinya dikenali berkata, dia (Mancha Rafali) pernah dijadikan back-up tiang eletrik dan sebagai penanda arah untuk masuk ke kampong ini.

Wednesday, 28 March 2012

Tidak Terungkap - Episod 4

Turut memeriahkan majlis pada pagi ini sebuah kumpulan yang cukup hebat irama rock lagenda; Kumpulan Search.. Tetapi malangnya pada pagi itu, hanya vokalis Kumpulan search sahaja yang hadir kerana anggota kumpulan yang lain mempunyai komitmen lain. Amy Search hanya memnyanyikan lagu popular beliau berdasarkan lagu minus one yang sempat kami download menggunakan Internet Download Manager 5.08 + Crack pada laman web yang sangat pop iaitu YouTube, Broadcast Yourself.. Mujurlah line wireless pada pagi itu sangat baik kerana kebanyakan pengguna internet sekarang ini masih lagi diulik mimpi ngeri, komedi, romantic, action dan pelbagai lagi genre mimpi pagi2 ini yang terhidang bagi mereka..



Inilah kelebihan kampong kami kerana ada seseorang yang sangat misteri di kampong ini telah menghack pemilik2 wireless yang berada d kampong ini supaya dapat berkongsi2 nikmat wireless yang tidak terhingga itu.. Hampir seluruh kawasan kampong ini mendapat coverage wireless, tidak cukup dengan itu penghacker tersebut sudah memblock laman2 web yang tidak berguna kepada masyarakat, agama dan negara.

Gerakan ku cukup sempurna, dapat mengelak balingan cakera yang ditujukan kepadaku.. Jikalau terkena cakera itu pasti sakitnya tidak dapat tertahan jiwa dan raga.. Kebanyakan cakera itu sudah di setting supaya bahaya cakera padat itu dalam mode yang paling susah tahap dewa dewi (INSANE MODE).. Banyak gosip2 dan cerita panas pasal isu kesusahan balingan cakera hasil karya Mancha ini tersebar di media sosial malah juga pernah terbit dalam beberapa episod dalam History Channel dan National Geography Channel..



Walaupun aku gementar dengan ujian ini, namun aku bukannya mudah goyah dengan omong2 kosong masyarakat tanpa menelitinya terlebih dahulu.. Jikalau aku dapat survive dalam ujian ini, dapatlah aku menguji sisa2 cakera padat ini di makmal nanti, InsyaAllah..



Jika penyelidikan aku ini Berjaya, aku akan mengeluarkan jurnal yang bertajuk,
“Benar, Cakera Padat Berbisa Mancha Seakan2 Berbisa”

Mancha bersungguh2 untuk menyerang aku walaupun aku ini adalah salah seorang rakan tegar Facebooknya.. Malah aku juga mengikutinya di blog, twitter, Youtube dan pelbagai lagi.. 
Adakah dia tidak mengenali aku? 
Adakah dia juga mencari peminat setianya? (wuekk!!! Termuntah pulak aku dalam hati.. )

Timbul pertanyaan di benak hatiku, “..dia sungguh ikhlas dan jujur menyerang ku.. Adakah dia juga dalam INSANE MODE? ”

Malangnya pertanyaan ku yang bertalu2 ku tujukan sendiri tidak mampu aku jawab. Sedang sibuk aku mencari jawapan, aku mulai hilang focus sedikit demi sedikit lalu mengundang musibah padaku..
“Oh, kenapa aku sering lalai??”, rontaku dalam benak hatiku yang macho.

Aku masih ingat lagi tiga (3) cakera padat yang tepat mengenai diriku.. Ya, Cakera padat movie Spiderman 1,2 dan 3.. Satu set citer movie nie terkena pada buku lali kaki kananku, siku kiriku dan rambutku yang tidak seberapa panjang ini..

“Oh, inilah penangan orang yang degil!!”, rontaku lagi.
Beberapa helai rambutku yang terpotong jatuh sujud kebumi sedikit sebanyak mengundang marah tanpa sebab pada diriku ini.. Tetapi jika aku teliti semula, ini silap ku kerana tidak memakai kasut ketika berlatih.. lantas mencacatkan sedikit sebanyak pergerakanku walaupun semua penonton tidak menyedari ketangkasanku menurun mendadak sebanyak 0.81% per saat.. Ini permulaan yang tidak baik bagi ku! Aku mesti menamatkan sesi latihan ini sebelum aku yang ditamatkan!

Saturday, 17 March 2012

Tidak Terungkap - Episod 3

Ketika dia mula mengatur langkah, semua orang yang menyaksikan latihan aku pada pagi itu mula menepuk tangan berirama yang telah mereka reka sendiri setelah berhari2 berlatih setiap malam. Mujurlah, semalam ketika rehearsal baru mereka dapat menguasai tepukan berirama tersebut. Sebelum hari rehearsal itu, sangat menghampakan..



Setiap malam ketika mereka berlatih ada sahaja penduduk kampong yang dimasukkan ke hospital kerajaan dan klinik swasta. Setiap malam ada sahaja diantara mereka yang tersilap tepuk; tertepuk rakan disebelah sehingga membawa kepada “keteguran”(gangguan makhluk halus yang menyampuk manusia) malah ada juga penduduk kampong yang tertepuk nyamuk dan lalat. Sehingga ada yang dijangkiti penyakit demam kepialu, demam denggi dan pening lalat yang serius.

Mana tidaknya, setiap malam mereka dihimpunkan untuk mempersembahkan tepukan mereka. Alhamdulillah, penglibatan mereka sangat hangat sehingga dihebohkan dimedia massa seperti radio rasmi program ini Hot FM, Lebih Hangat Daripada Biasa. Mereka bercadang untuk meruskan penepukan program ini untuk musim yang ke-2 kelak.

Setiap malam diadakan proses penyingkiran bagi penduduk kampong yang tiada langsung bakat dalam tepukan berirama ini. Mereka sangat kecewa kerana tidak terpilih untuk dijadikan skuad elit penepuk tangan berirama di kampung ini; Kampung Pasir Putih.

Namun setelah mendengar nasihat daripada ketua kampong, semua redha dengan ketentuan yang telah ditakdirkan kepada mereka. Berikut adalah sedutan daripada ucapan ketua kampong Pasir Putih, Kazekage ke-4,

” Duhai penduduk kampong sekalian.. Sabar jak la kalau tak dapat menyertai program yang berprestij ini.. terima lah hakikat yang korang tak da bakat dalam bidang seni.. try la bidang lain k?”

Mancha mula melontarkan cakera padatnya kearah ku.. Dengan kelajuan cakera padat selaju 100km/j semua penonton termasuk aku sungguh teruja dengan lontaran yang cukup laju itu.. Seperti filem2 tamil yang aku tengok kat tv setiap hari ahad di TV2 tidak aku sia2kan.. Hahaha.. Aku melompat tanpa berlengah2 lagi dengan senyuman yang cukup sinis yang mampu mengguris perasaan insan yang sedang dilamun asmaradana.. Seiringan gerakan aku, muzik mula kedengaran..


Tidak Terungkap - Episod 2

Setelah siap solat Subuh, aku terus ke belakang rumah untuk berlatih.. Inilah rutin mingguan ku untuk membentuk bodyku menjadi lebih daya tahan kardiovaskular, anti-kuman, anti-penuaan dan tahan banting. Walaupun susuk tubuhku bukan seperti pemain gusti, bina badan mahupun perenang berirama, namun itu bukan penghalang!!



Crew2 yang dipertanggungjawabkan bertungkus lumus men-setting peralatan yang kami pinjam di Jabatan Aset Kampung. Kami mahu program hari ini berjalan lancar tanpa minyak pelincir. Peralatan yang kami sediakan ini semata2 untuk aku berlatih, oleh itu aku tidak mahu mensia2kannya lagi.. [nada bangga] Aku juga tidak mahu mengecewakan mereka walaupun mereka seringkali mengecewakan diriku. Aku mahu latihan ini berlalu dengan cepat tetapi penuh dengan penghayatan dan pengharapan. Semoga latihan ku ini, mendapat restu daripada kedua2 mempelai.. Hahaha..

“Ok you guys.. Set your mark.. Get Ready.. Go!”, begitulah sahut salah seorang lelaki penduduk kampong yang diberi kepercayaan oleh penduduk kampong sebagai ketua refree pada hari itu. Beberapa orang lagi menjaga garisan ditepi padang latihan untuk mengelakkan aku tidak lari dari medan pertempuran pada hari ini.

Salah seorang dari beberapa orang penduduk kampung yang aku bayar untuk latihan ini mula mengatur langkah. Dengan bayaran RM2/jam aku menyewa dia untuk berlatih denganku mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Majlis sukan Negara (MSN) yang telah diluluskan oleh jemaah menteri kabinet yang telah bermesyuarat di PWTC yang bersidang selama 3 hari 3 malam pada beberapa bulan yang lalu.

Mancha yang berkemampuan untuk melontar careka padat yang original dan cetak rompak berserta dengan cover album sekali kepada mangsa yang di targetnya berdasarkan niat yang betul dihatinya.. Banyak album yang menjadi korban untuk aku berlatih.. Bukannya apa, latihan ini adalah untuk menghapuskan cekera padat cetak rompak yang telah dirampas oleh pihak Kastam semenjak beberapa tahun lalu..



Mancha, 20, bersusuk tubuh kurus gila, badan gelap gelita (kadang2 sukar aku bezakan dirinya dengan warna langit malam tanpa kerlipan bintang2..), kerana masalah yang aku hadapi ini, aku dibekalkan dengan google night vision V2.0 untuk melihatnya walaupun masih lagi samar2 aku melihatnya..

Badannya yang dapat melentur seperti pokok buluh perindu itu tidak aku pandang rendah.. kerana dia sememangnya sangat tinggi, setinggi langit biru yang tidak dapat di sentuh dengan tangan kanan mahupun kiri. Kelebarab badannya tidak aku nafikan, pinggangnya sangat ramping dan runcing. “Aku mesti mengalahkannya untuk menaikkan CGPA ku..”, rontaku didalam hati kecilku. Lantas, loceng perlawanan dibunyikan! Perlawanan dimulakan!


Wednesday, 14 March 2012

Tidak Terungkap - Episod 1

Mataku mula berpinar2 disebabkan pukulan yang dilontarkan tepat pada pipi mukaku yang gebu dan tidak seberapa handsome ini.. Bukan niatku untuk menurunkan prestasi mukaku ini, tetapi memang benarlah lawan ku ini sangat jelous dengan tahap handsomeku ini kerana dia berada diranking paling tercorot dalam Juara Liga2 Lelaki Segak, Bergaya & Berkarisma 2012/2013.



Aku yakin dapat mengelak pukulan itu, namun aku sengaja melengahkan timing ku untuk mengelak pukulan itu kurang 0.1 saat sahaja.. Jika aku laju 0.11 saat, pasti aku dapat mengelak dengan penuh keegoan dan mungkin juga membawa riak kepada ku..
Mesti ramai yang berteriak keasyikan melihatku mengelak pukulan itu.

Tapi, kalau aku riak, mungkin membawa masalah dan
penderitaan emosi kepadaku.. aku tidak mahu menghampakan lawanku yang bersusah-payah, membanting empat keratnya untuk menewaskan aku. Aku juga mengambil masa yang agak panjang untuk aku memilih untuk tidak riak dan membenarkan pukulannya mengenai diriku.. Aku redha..

Haha.. (Sempat ketawa walaupun kesakitan) Kesakitan yang ku rasa bukan dapat dirasakan pada fizikal malah pada jasmaniku juga.. Kesakitanku yang aku tanggung ini hampir dipaparkan dalam edisi Aduan Rakyat@TV3, namun aku bukanlah insan yang mudah mendapat raih simpati rakyat Malaysia dikaca lensa tv. Beberapa program realiti juga turut ingin berkongsi penderitaanku termasuklah Bersamamu@TV3 dan Apa Kata Wanita@TV1.



Aku juga tidak mahu popular disebabkan penderitaan ku ini, biarlah aku tidak popular sepopular artis di dunia yang fana ini kerana aku hanya manusia biasa saja.

Cerita ini bermula dengan suatu hari di pagi yang hening, sejuk dan nyaman.. Penerbangan Air Asia AK2151 belum lagi tiba di Tawau. Sang unggas belum lagi berteriak untuk membangunkan semua penghuni alam raya ini. Embun mula mencorak irama lembut pada dedaunan hijau diatas pokok mahupun tumbuhan yang malar hijau menutup bumi. Tidak lama lagi proses photosyinthesis akan bermula. Pigmen chlorophyll mula bersorak gembira seperti hari2 semalam.

Mataku tak dapat buka lagi.. Semacam seribu satu cengkaman dan genggaman yang membuatkan ku terus terlena.. Mimpiku mula kepada sesi cerita yang baru.. Namun aku berkeras dalam hati nak bangun.. Aku lantas menyuruh system sarafku untuk mengenakan sedikit renjatan 120V kepada diriku. Bagi manusia yang tidak biasa dengan teknik ini disarankan tidak mengikut apa yang aku lakukan. Selain itu pastikan juga mendapat nasihat doktor yang terlatih dan berpengalaman.

“Wah, Alhamdulillah dapat juga aku bangun setelah sejam aku melepaskan diri dari genggaman syaitan yang durjana itu..”

Inilah cara terakhir bagi ku untuk bangkit dari tidur. Banyak cara yang aku lakukan sebelum ini, tetapi semuanya tidak berhasil. Aku keluar diberanda lalu bersorak memecah kesyunyian subuh pada pagi itu,”Wah, Pagi yang ceria!!!!”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...