Thursday 31 May 2012

Tidak Terungkap - Episod 9


Ada juga pasukan cheers dari kampong seberang turut serta dalam acara yang gilang-gemilang ini. Pakaian yang digunakan oleh group cheers tersebut sungguh sopan dan tidak menjolok mata yang memandang mereka. Pasukan cheers tersebut sudah dibayar supaya untuk memberi sorakan kepada diriku dan bukan kepada Mancha yang gelap gelita itu. Jika ada cheers untuk Mancha pun itu hanyalah sorakan penghinaan terhadap dirinya.. Hahaha..



Amy Search yang sudah menyampaikan beberapa lagu tiba2 lesap, mungkin dia telah lama  menanggung malu kerana ramai yang tidak menumpukan mata kepada persembahan beliau. Sewaktu beliau menyanyi, hanya jelas kedengaran bunyi cengkerik yang kedengan ketika dia meminta respond dari penonton. Jika beliau teruskan persembahan tersebut, beliau boleh terkena penyakit demam kepialu, demam yang tersangat malu.

Tidak mengapalah, main event belum lagi berakhir.

Fajar mula menyinsing. Mentari mula menyinari setiap pelusuk kampong. Keadaan Mancha yang parah itu semakin meruncing apabila dia merasakan cahaya sang mentari sudah kelihatan. Matanya terbeliak dan gelagatnya seperti kera, ibarat kera terkena belacan.  Semua penduduk berasa hairan dengan keadaan Mancha yang seakan2 takut kepada cahaya mentari.

Adakah dia terlalu gelap dan alah kepada mentari? Atau adakah permukaan badannya itu boleh menyerap haba dan menyebabkan dia tidak selesa??

Aku yang meyaksikan keadaan Mancha itu mula rasa bersalah. Aku ingin bertanyakan khabarnya pada masa itu, tetapi aku bimbang persoalanku itu ibarat soalan cepumas bagi dirinya yang menderita kesakitan itu.

“Takkan lah pukulan ku menyebabkan dia jadi alah kepada mentari? Gila cool..”, ujar fikiranku.

Seluruh tubuh Mancha diliputi cahaya mentari seiring dengan teriakannya yang nyaring dan beralun lembut. Rupa2nya dia adalah jelmaan toyol yang alah kepada matahari. Ramai yang menyaksikan peristiwa bersejarah itu terdiam seribu bahasa. Mereka kaku dan hanya mulut terbuka luas, mata memandang keatas dan tangan diletakkan dibahu.


Asap mula menyelubungi dirinya disamping percikan mercun yang turut merancakkan suasana pada ketika itu. Tarian singa dan naga turut dimainkan penduduk kampong kerana masih lagi dalam suasana Tahun Baru Cina dan pada tahun ini bertemakan Tahun Naga Air.

Keesokkannya, baru penduduk kampong menjumpai Mancha yang original berada dirumahnya dengan keadaan yang terikat. Aku bersyukur kerana tiada orang menemui ajal masing2 pada hari kejadiaan. Dalam beberapa hari lagi, aku akan meneruskan pengajianku di salah sebuah IPTA di Negara ini, dan semestinya aku mengingati peristiwa ini lantas ku coret dalam lembaran sejarah  diariku.

Catatan pada Harian Metro Edisi Sabah juga turut menukilkan kisah ini. Ada juga penduduk yang menyarankan ketua kampong supaya cerita ini dimasukkan ke dalam slot Dunia Tersembunyi@TV3. Saranan tersebut masing lagi dibincangkan oleh AJK kampung ini.

“Hahaha.. Dah tak da kerja ka dorang ni.. Hehehe..”, gurauku dalam hati menenangkan fikiran yang sedikit kusut ini.

Tiba2 lamunan ku terhenti kerana terdengar deringan mesej pada Sony Ericsson J10 milikku yang ku letakkan di atas meja. Aku yang duduk tercengang pada beranda rumah berlari2 anak menuju telefon bimbitku. Langkah kakiku tidak menghasilkan bunyi langsung menuju meja yang semakin aku dekati itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...